Thursday, April 7, 2011
Kecemerlangan Hidup Di Dunia dan Akhirat
Posted by An-Nisa at 8:16 AM 0 comments
Wednesday, April 6, 2011
Selawat Pelindung Diri
Posted by An-Nisa at 2:13 AM 0 comments
Wednesday, January 27, 2010
Ukhuwah itu...
Inilah salah satu rangkap yang dinyatakan dalam lirik sebuah lagu nasyid nyanyian kumpulan UNIC yang bertajuk sebuah pertemuan...
''Kawan mudah dicari tetapi sahabat sejati sukar ditemui..''
Disini bukanlah HambaNya ingin menyanjung-nyanjung dan memuji-muji kelebihan insan yang bernama sahabat itu sehingga mengenepikan cinta teragung iaitu cinta Ilahi..
Cuba renungkan sejenak, dapatkah kita menyemai cinta Allah swt sedangkan cinta sesama manusia itu belum cukup sempurna..seperti mana salah satu daripada suruhanNya supaya berbuat baik sesama saudaramu dan tidak memutuskan silaturrahim yang telah dibina..
HambaNya menganggap bahawa setiap orang memerlukan sahabat sejati dalam kehidupannya..Ini adalah kerana manusia tidak boleh hidup tanpa teman dan akan menjadi lemah untuk menghadapi liku-liku dunia..jika kita lihat sejarah Nabi Musa a.s yang telah meminta kepada Allah swt supaya dikurniakan saudaranya Harun sebagai teman untuk menemaninya menentang Firaun...
"Dia (musa ) berkata :
Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku agar mereka mengerti perkataanku..dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku..Harun, saudaraku..teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia..dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMU dan banyak mengingatiMU..."
(Surah Taha 25-34)
Jika kita ambil dari ayat diatas
"..........agar kami banyak bertasbih kepadaMU dan banyak mengingatiMU "
Hal ini adalah sesuai dengan tuntutan "ukhuwah Fillah" iaitu ukhuwah kerana Allah swt..iaitu dengan terjalinnya ukhuwah ini diharap dapat mengingati antara satu sama lain tentang kebenaran dan mencegah kemungkaran..agar kita masing-masing menjadi bertambah dekat kepadaNya..
Salah satu Firmannya,
"Berikan setiap yang berhak itu akan haknya.."
Sesungguhnya sahabat itu harus menunaikan atau memenuhi hak sahabatnya yang lain...yang dikatakan hak disini ialah hak-hak kebenaran yang seharusnya dikongsi bersama..
Sebahagian Hak-hak seorang sahabat yang mesti dipenuhi oleh sahabatnya yang lain :
1) Menziarahi sahabat sebagai tanda silaturrahim terjalin
2) Sedaya upaya mencukupkan keperluan sahabatnya apabila diperlukan
3) Menjaga adab-adab pergaulan agar tidak terguris hati sahabatnya
4) Menziarahi sahabat yang telah meninggal dunia, memberi takziah kepada keluarga sahabat, menolong menghantar ke kubur serta mendoakan agar roh sahabatnya diampunkan dan dicucuri rahmat ALLAH swt
Ya Allah, kuatkanlah hati-hati kami..kurniakanlah sahabat-sahabat sejati sebagai peneman dalam perjuangan hidup di dunia ini...
Tiada janji yang lebih indah buat sahabat-sahabat melainkan sebuah ikatan janji dunia dan akhirat iaitu...yang menghubungkan dua jiwa di jalan Allah..
"Ukhuwah Fillah Abadan Abada.........."
Posted by An-Nisa at 10:49 PM 0 comments
Thursday, January 21, 2010
Keseimbangan Antara Dunia dan Akhirat
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
Maksudnya; Dan demikian (pula) kami Telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan seimbang agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.. Al-Baqarah (143 ).
Apakah ukuran keseimbangan antara dunia dan akhirat ? adakah seimbang bermaksud 50 akhirat dan lima puluh dunia ?
Sesungguhnya keseimbangan Islam berkaitan dunia dan akhirat tidak boleh dilihat dengan nombor dan bilangan tetapi melihat keseimbangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Dalam Islam tidak ada pemisahan antara dunia dan akhirat bahkan kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain.
Ajaran Islam tidak pernah memisahkan antara urusan dunia dan urusan akhirat. Semuanya adalah urusan agama yang ada nilaiannya diakhirat nanti. Manusia mesti melakukan urusan keduniaan menepati dasar-dasar Islam. Ibadah kepada Allah tidak boleh dikhususkan kepada ibadah khusus berkaitan hubungan dengan Allah sahaja seperti sembahyang zikir dan lain-lain, tetapi ia merangkumi semua ibadah umum seperti berkerja, melaksanakan amanah dan tanggungjawab, dakwah dan jihad, ekonomi dan kenegaraan.
Untuk mendapatkan keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat hendaklah mengikut pertunjuk syariat Islam yang menjadi dasar kehidupan dan cara hidup ( al-Din ) manusia. Apabila kita mengabaikan tuntutan syariat Islam maka akan berlaku ketidak-seimbangan dalam kehidupan manusia.
Sabda Rasulullah saw;
عن أنس بن مالك ، يقول : جاء ثلاثة رهط إلى أزواج النبي صلى الله عليه وسلم يسألون عن عبادة النبي صلى الله عليه وسلم ، فلما أخبروا بها كأنهم تقالوها ، فقالوا : « أين نحن من النبي صلى الله عليه وسلم ، وقد غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر ؟ » فقال أحدهم : أما أنا فأصلي الليل أبدا ، وقال الآخر : « أنا أصوم الدهر فلا أفطر » وقال الآخر : « أنا أعتزل النساء ولا أتزوج أبدا » فجاء رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : « أنتم الذين قلتم كذا وكذا ، أما والله إني لأخشاكم لله وأتقاكم له ، لكني أصوم وأفطر ، وأصلي وأرقد ، وأتزوج النساء ، فمن رغب عن سنتي فليس مني »
Daripada Anas Bin Malik, Tiga orang lelaki datang berjumpa Isteri-isteri nabi bertanyakan tentang ibadah Nabi saw, apabila diceritakan, mereka berkata sesama sendiri “ Dimana kita nak dibandingkan dengan Nabi saw, Allah swt telah mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu dan akan datang” Lalu salah seorang daripada mereka berkata “ Aku akan solat malam selama-lamanya” dan yang kedua berkata “Aku akan berpuasa sepanjang tahun tanpa berbuka” dan yang ketiga berkata “Aku akan tinggalkan perempuan dan tidak akan berkahwin selama” Lalu Rasulullah saw datang dan bertanya adakah kamu yang berkata demikian? Ingatlah Demi Allah Aku adalah yang paling takut dikalangan kmu kepada Allah dan paling bertaqwa kepadanya, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan aku tidur, dan aku mengahwini perempuan..!! Maka sesiapa yang bencikan sunnah aku maka ia bukan daripada umat ku.
Contoh keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat;
Sembahyang dan berkerja; Tidak mengabaikan kewajipan sembahyang pada waktu yang ditetapkan walaupun sibuk bekerja.
Mengumpul harta diseimbangi dengan membayar zakat dan tidak melakukan pembaziran.
Berehat dan beribadah, ruangkan sedikit masa dimalam hari untuk beribadat yang sunat.
Keseimbangan dalam ibadah puasa dan makan, puasa diwaktu siang sahaja dan malam dibolehkan melakukan perkara-perkara yang dilarang.
Keseeimbangan dengan memahami fiqh ualawiyyat, mendahulukan yang wajid dari yang sunat, mendahulukan menolak kemudharatan dari mengambil maslahah.
Dalam perniagaan dibenarkan jual beli tetapi diharamkan riba dan penipuan.
Islam menolak tanggapan tidak perlu kepada dunia untuk semata-mata beribadah kepada Allah swt, tetapi sekiranya seseorang itu sudah cukup dunianya untuk keperluan dirinya dan orang yang dibawah tanggungannya maka tidak menjadi kesalahan untuk menumpukan kepada ibadah kepada Allah swt sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sufi yang sebenar.
Sekiranya seseorang meninggalkan urusan dunia, sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak, tanggaungjawab kepada dakwah dan masyarakat, mengabaikan tanggungjawab terhadap Negara dan ummah sehingga ummat Islam menjadi lemah dan hina, maka ia bukanlah ajaran Islam dan ia telah melakukan ketidak seimbangan dalam urusan agama.
Kesimpulan.
Apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan antara dunia dan akhirat ialah apabila kita dapat melaksanakan tuntutan syariat Islam samada dalam bentuk yang wajib atau sunat, tinggalkan perkara yang dilarang samada yang haram dan makruh. Seseorang yang komited dengan ajaran agama Islam adalah orang yang seimbang, seimbang dalam semua perkara samada urusan dunia mahupun akhirat. Orang yang mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat.
artikel dipetik dari website usrahrasahati.blogspot.com
Posted by An-Nisa at 11:45 PM 0 comments
Wednesday, October 7, 2009
Hantaran Al-Quran

"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..
"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.
" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih.
Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
"Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.
"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.
"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
"Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.
"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. "Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.
"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..
"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad..Surah Ar Ra'd "Apa benda nih" detik hati Nabil.
"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar darirumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran.
Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :
A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim. ..Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.."Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AL-Quran. Beli AL-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad."Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.
Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..
cuba baca ni..Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,' Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih. Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi. 'Rasulullah saw bersabda :'Di hari pengadilan, dihadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Posted by An-Nisa at 7:59 PM 0 comments
Doa Boleh Mengubah Takdir
Bersabda Rasulullah shollallahu 'alaih wa sallam: "Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah Ta'ala selain do'a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik.." (HRTirmidzi 2065)
Subhanallah…! Betapa luar biasa kedudukan do'a dalam ajaran Islam. Dengan do'a seseorang bisa berharap bahwa taqdir yang Allah ta'aala tentukan atas dirinya berubah. Hal ini merupakan sebuah berita gembira bagi siapapun yang selama ini merasa hidupnya hanya diwarnai penderitaan dari waktu ke waktu. Ia akan menjadi orang yang optimis. Sebab keadaan hidupnya yang selama ini dirasakan hanya berisi kesengsaraan dapat berakhir dan berubah. Asal ia tidak berputus asa dari rahmat Allah Ta'ala dan ia mahu bersungguh-sungguh meminta dengan do'a yang tulus kepada Allah ta'aala Yang Maha Berkuasa. "Katakanlah: "Hai hamba-hamba- Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Ta'ala mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserahdirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)." (QS Az-Zumar 53-54)
Demikianlah, hanya orang yang tetap berharap kepada Allah Ta'ala saja yang dapat bertahan menjalani kehidupan di dunia betapapun pahitnya taqdir yang ia jalani. Ia akan senantiasa menanamkan dalam dirinya bahwa jika ia memohon kepada Allah Ta'ala dalam keadaan apapun, maka derita dan kesulitan yang ia hadapi sangat mungkin berakhir dan bahkan berubah. Sebaliknya, orang yang tidak pernah kenal Allah ta'aala dengan sendirinya akan meninggalkan kebiasaan berdo'a dan memohon kepada Allah Ta'ala. Ia akan terjatuh pada salah satu dari dua bentuk ekstrimitas. Pertama, ia akan mudah berputus asa. Atau kedua, ia akan lari kepada fihak lain untuk menjadi sandarannya demi merubah keadaan. Padahal begitu ia bersandar kepada sesuatu selain Allah Ta'ala, termasuk bersandar kepada dirinya sendiri, maka pada saat itu pulalah Allah Ta'ala akan mengabaikan orang itu dan membiarkannya berjalan mengikuti situasi dan kondisi yang tersedia. Sedangkan orang tersebut dinilai sebagai seorang yang mempersekutukan Allah Ta'ala dengan yang lain. Berarti orang tersebut telah jatuh ke dalam kategori seorang musyrik...!
"Dan Tuhanmu berfirman, "Berdo`alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (QSAl-Mu'min 60) . Dan yang tidak kalah pentingnya bahwa seorang muslim tidak boleh pernah berhenti meminta kepadaNya, karena sikap demikian merupakan suatu kesombongan yang akan menjebloskannya ke dalam siksa Allah Ta'ala yang pedih.
Maka Rasulullah shollallahu 'alaih wa sallam bersabda: "Barangsiapa tidak berdo'a kepada Allah Ta'ala, maka Allah Ta'ala murka kepadaNya." (HR Ahmad 9342)
Saudaraku, janganlah berputus asa dari rahmat Allah Ta'ala. Bila anda merasa taqdir yang Allah Ta'ala tentukan bagi hidup anda tidak memuaskan, maka tengadahkanlah kedua tangan dan berdo'alah kepada Allah Ta'ala. Allah Ta'ala Maha Mendengar dan Maha Berkuasa untuk mengubah taqdir anda. Barangkali di antara do'a yang baik untuk diajukan sebagai bentuk harapan agar Allah Ta'ala mengubah taqdir ialah sebagai berikut: "Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirahat untukku dari segala keburukan." (HR Muslim4897)
Posted by An-Nisa at 7:47 PM 0 comments
Berbaik-baik Sesama Islam
Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." - Sahih Muslim
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia cintai dirinya" Bukhari dan Muslim
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi s.a.w menjawab: "Kau cegah dia".
(Bukhari Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari Muslim]
Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari Muslim]
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari Muslim]
“Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang”. Al Hujuraat ayat 10.
Posted by An-Nisa at 7:26 PM 0 comments





