Inilah salah satu rangkap yang dinyatakan dalam lirik sebuah lagu nasyid nyanyian kumpulan UNIC yang bertajuk sebuah pertemuan...
''Kawan mudah dicari tetapi sahabat sejati sukar ditemui..''
Disini bukanlah HambaNya ingin menyanjung-nyanjung dan memuji-muji kelebihan insan yang bernama sahabat itu sehingga mengenepikan cinta teragung iaitu cinta Ilahi..
Cuba renungkan sejenak, dapatkah kita menyemai cinta Allah swt sedangkan cinta sesama manusia itu belum cukup sempurna..seperti mana salah satu daripada suruhanNya supaya berbuat baik sesama saudaramu dan tidak memutuskan silaturrahim yang telah dibina..
HambaNya menganggap bahawa setiap orang memerlukan sahabat sejati dalam kehidupannya..Ini adalah kerana manusia tidak boleh hidup tanpa teman dan akan menjadi lemah untuk menghadapi liku-liku dunia..jika kita lihat sejarah Nabi Musa a.s yang telah meminta kepada Allah swt supaya dikurniakan saudaranya Harun sebagai teman untuk menemaninya menentang Firaun...
"Dia (musa ) berkata :
Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku agar mereka mengerti perkataanku..dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku..Harun, saudaraku..teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia..dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMU dan banyak mengingatiMU..."
(Surah Taha 25-34)
Jika kita ambil dari ayat diatas
"..........agar kami banyak bertasbih kepadaMU dan banyak mengingatiMU "
Hal ini adalah sesuai dengan tuntutan "ukhuwah Fillah" iaitu ukhuwah kerana Allah swt..iaitu dengan terjalinnya ukhuwah ini diharap dapat mengingati antara satu sama lain tentang kebenaran dan mencegah kemungkaran..agar kita masing-masing menjadi bertambah dekat kepadaNya..
Salah satu Firmannya,
"Berikan setiap yang berhak itu akan haknya.."
Sesungguhnya sahabat itu harus menunaikan atau memenuhi hak sahabatnya yang lain...yang dikatakan hak disini ialah hak-hak kebenaran yang seharusnya dikongsi bersama..
Sebahagian Hak-hak seorang sahabat yang mesti dipenuhi oleh sahabatnya yang lain :
1) Menziarahi sahabat sebagai tanda silaturrahim terjalin
2) Sedaya upaya mencukupkan keperluan sahabatnya apabila diperlukan
3) Menjaga adab-adab pergaulan agar tidak terguris hati sahabatnya
4) Menziarahi sahabat yang telah meninggal dunia, memberi takziah kepada keluarga sahabat, menolong menghantar ke kubur serta mendoakan agar roh sahabatnya diampunkan dan dicucuri rahmat ALLAH swt
Ya Allah, kuatkanlah hati-hati kami..kurniakanlah sahabat-sahabat sejati sebagai peneman dalam perjuangan hidup di dunia ini...
Tiada janji yang lebih indah buat sahabat-sahabat melainkan sebuah ikatan janji dunia dan akhirat iaitu...yang menghubungkan dua jiwa di jalan Allah..
"Ukhuwah Fillah Abadan Abada.........."


0 comments:
Post a Comment