" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (Al-Baqarah:186)

Thursday, April 7, 2011

Kecemerlangan Hidup Di Dunia dan Akhirat




Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah..syukur kepada yang Esa kerana memberi peluang kepada saya untuk menghadiri solat hajat dan ceramah sempena peperiksaan akhir yang akan tiba tidak lama lagi..Peperiksaan ini merupakan peperiksaan yang terakhir buat kami, pelajar tahun akhir yang dijangka bergraduasi penghujung bulan september nanti..

Menyentuh kepada persoalan serta tajuk yang dibincangkan iaitu mengenai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat..Bagi seorang muslim, keseimbangan hidup di dunia dan akhirat adalah merupakan satu kejayaan yang besar yang ingin dicapai..

Apa tujuan kita hidup di dunia?apa matlamat jangka pendek dan jangka panjang kita? Matlamat hidup di dunia cukup jelas iaitu ingin menjadi seorang yang berilmu, berakhlak, disegani dan berharta..Begitu juga dengan tujuan hidup di akhirat..Seseorang muslim itu wajib percaya dan beramal akan kehidupan akhirat..Matlamat hidup di akhirat juga cukup jelas iaitu pilihan antara syurga atau neraka.

Jadi, tanamlah dalam diri kita apakah matlamat yang ingin dicapai di dunia dan akhirat..Ikhtiarlah dengan cara apa sekalipun agar matlamat kita dapat dicapai..Asalkan dapat meraih redha Allah swt..

Benarlah ada pepatah menyebut bahawa nikmat paling indah ialah apabila seseorang hamba mendapat keredhaan Allah dalam kehidupannya di dunia dan akhirat..

"Allah humma ajirna minannaar..."

"Ya Allah kurniakanlah kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat serta peliharalah kami dari seksa kubur dan azab api neraka..Jadilah kehidupan kami di dunia sebagai jambatan bagi kami menuju akhirat..Permudahkanlah kehidupan kami, murahkanlah rezeki kami serta lapangkanlah dada kami dalam menghadapi rintangan hidup..Engkaulah sebaik-baik penolong..Ameen..."

0 comments: