" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (Al-Baqarah:186)

Wednesday, January 27, 2010

Ukhuwah itu...


"Menitis airmataku keharuan kepada sebuah pertemuan..."

Inilah salah satu rangkap yang dinyatakan dalam lirik sebuah lagu nasyid nyanyian kumpulan UNIC yang bertajuk sebuah pertemuan...

''Kawan mudah dicari tetapi sahabat sejati sukar ditemui..''

Disini bukanlah HambaNya ingin menyanjung-nyanjung dan memuji-muji kelebihan insan yang bernama sahabat itu sehingga mengenepikan cinta teragung iaitu cinta Ilahi..

Cuba renungkan sejenak, dapatkah kita menyemai cinta Allah swt sedangkan cinta sesama manusia itu belum cukup sempurna..seperti mana salah satu daripada suruhanNya supaya berbuat baik sesama saudaramu dan tidak memutuskan silaturrahim yang telah dibina..

HambaNya menganggap bahawa setiap orang memerlukan sahabat sejati dalam kehidupannya..Ini adalah kerana manusia tidak boleh hidup tanpa teman dan akan menjadi lemah untuk menghadapi liku-liku dunia..jika kita lihat sejarah Nabi Musa a.s yang telah meminta kepada Allah swt supaya dikurniakan saudaranya Harun sebagai teman untuk menemaninya menentang Firaun...

"Dia (musa ) berkata :

Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku agar mereka mengerti perkataanku..dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku..Harun, saudaraku..teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia..dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMU dan banyak mengingatiMU..."

(Surah Taha 25-34)


Jika kita ambil dari ayat diatas

"..........agar kami banyak bertasbih kepadaMU dan banyak mengingatiMU "

Hal ini adalah sesuai dengan tuntutan "ukhuwah Fillah" iaitu ukhuwah kerana Allah swt..iaitu dengan terjalinnya ukhuwah ini diharap dapat mengingati antara satu sama lain tentang kebenaran dan mencegah kemungkaran..agar kita masing-masing menjadi bertambah dekat kepadaNya..

Salah satu Firmannya,

"Berikan setiap yang berhak itu akan haknya.."

Sesungguhnya sahabat itu harus menunaikan atau memenuhi hak sahabatnya yang lain...yang dikatakan hak disini ialah hak-hak kebenaran yang seharusnya dikongsi bersama..

Sebahagian Hak-hak seorang sahabat yang mesti dipenuhi oleh sahabatnya yang lain :

1) Menziarahi sahabat sebagai tanda silaturrahim terjalin
2) Sedaya upaya mencukupkan keperluan sahabatnya apabila diperlukan
3) Menjaga adab-adab pergaulan agar tidak terguris hati sahabatnya
4) Menziarahi sahabat yang telah meninggal dunia, memberi takziah kepada keluarga sahabat, menolong menghantar ke kubur serta mendoakan agar roh sahabatnya diampunkan dan dicucuri rahmat ALLAH swt


Ya Allah, kuatkanlah hati-hati kami..kurniakanlah sahabat-sahabat sejati sebagai peneman dalam perjuangan hidup di dunia ini...

Tiada janji yang lebih indah buat sahabat-sahabat melainkan sebuah ikatan janji dunia dan akhirat iaitu...yang menghubungkan dua jiwa di jalan Allah..

"Ukhuwah Fillah Abadan Abada.........."

Thursday, January 21, 2010

Keseimbangan Antara Dunia dan Akhirat



Firman Allah swt;

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا


Maksudnya; Dan demikian (pula) kami Telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan seimbang agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.. Al-Baqarah (143 ).

Apakah ukuran keseimbangan antara dunia dan akhirat ? adakah seimbang bermaksud 50 akhirat dan lima puluh dunia ?

Sesungguhnya keseimbangan Islam berkaitan dunia dan akhirat tidak boleh dilihat dengan nombor dan bilangan tetapi melihat keseimbangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Dalam Islam tidak ada pemisahan antara dunia dan akhirat bahkan kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain.

Ajaran Islam tidak pernah memisahkan antara urusan dunia dan urusan akhirat. Semuanya adalah urusan agama yang ada nilaiannya diakhirat nanti. Manusia mesti melakukan urusan keduniaan menepati dasar-dasar Islam. Ibadah kepada Allah tidak boleh dikhususkan kepada ibadah khusus berkaitan hubungan dengan Allah sahaja seperti sembahyang zikir dan lain-lain, tetapi ia merangkumi semua ibadah umum seperti berkerja, melaksanakan amanah dan tanggungjawab, dakwah dan jihad, ekonomi dan kenegaraan.

Untuk mendapatkan keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat hendaklah mengikut pertunjuk syariat Islam yang menjadi dasar kehidupan dan cara hidup ( al-Din ) manusia. Apabila kita mengabaikan tuntutan syariat Islam maka akan berlaku ketidak-seimbangan dalam kehidupan manusia.

Sabda Rasulullah saw;

عن أنس بن مالك ، يقول : جاء ثلاثة رهط إلى أزواج النبي صلى الله عليه وسلم يسألون عن عبادة النبي صلى الله عليه وسلم ، فلما أخبروا بها كأنهم تقالوها ، فقالوا : « أين نحن من النبي صلى الله عليه وسلم ، وقد غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر ؟ » فقال أحدهم : أما أنا فأصلي الليل أبدا ، وقال الآخر : « أنا أصوم الدهر فلا أفطر » وقال الآخر : « أنا أعتزل النساء ولا أتزوج أبدا » فجاء رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : « أنتم الذين قلتم كذا وكذا ، أما والله إني لأخشاكم لله وأتقاكم له ، لكني أصوم وأفطر ، وأصلي وأرقد ، وأتزوج النساء ، فمن رغب عن سنتي فليس مني »

Daripada Anas Bin Malik, Tiga orang lelaki datang berjumpa Isteri-isteri nabi bertanyakan tentang ibadah Nabi saw, apabila diceritakan, mereka berkata sesama sendiri “ Dimana kita nak dibandingkan dengan Nabi saw, Allah swt telah mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu dan akan datang” Lalu salah seorang daripada mereka berkata “ Aku akan solat malam selama-lamanya” dan yang kedua berkata “Aku akan berpuasa sepanjang tahun tanpa berbuka” dan yang ketiga berkata “Aku akan tinggalkan perempuan dan tidak akan berkahwin selama” Lalu Rasulullah saw datang dan bertanya adakah kamu yang berkata demikian? Ingatlah Demi Allah Aku adalah yang paling takut dikalangan kmu kepada Allah dan paling bertaqwa kepadanya, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan aku tidur, dan aku mengahwini perempuan..!! Maka sesiapa yang bencikan sunnah aku maka ia bukan daripada umat ku.

Contoh keseimbangan antara urusan dunia dan akhirat;

Sembahyang dan berkerja; Tidak mengabaikan kewajipan sembahyang pada waktu yang ditetapkan walaupun sibuk bekerja.

Mengumpul harta diseimbangi dengan membayar zakat dan tidak melakukan pembaziran.

Berehat dan beribadah, ruangkan sedikit masa dimalam hari untuk beribadat yang sunat.

Keseimbangan dalam ibadah puasa dan makan, puasa diwaktu siang sahaja dan malam dibolehkan melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Keseeimbangan dengan memahami fiqh ualawiyyat, mendahulukan yang wajid dari yang sunat, mendahulukan menolak kemudharatan dari mengambil maslahah.

Dalam perniagaan dibenarkan jual beli tetapi diharamkan riba dan penipuan.

Islam menolak tanggapan tidak perlu kepada dunia untuk semata-mata beribadah kepada Allah swt, tetapi sekiranya seseorang itu sudah cukup dunianya untuk keperluan dirinya dan orang yang dibawah tanggungannya maka tidak menjadi kesalahan untuk menumpukan kepada ibadah kepada Allah swt sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sufi yang sebenar.

Sekiranya seseorang meninggalkan urusan dunia, sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak, tanggaungjawab kepada dakwah dan masyarakat, mengabaikan tanggungjawab terhadap Negara dan ummah sehingga ummat Islam menjadi lemah dan hina, maka ia bukanlah ajaran Islam dan ia telah melakukan ketidak seimbangan dalam urusan agama.

Kesimpulan.

Apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan antara dunia dan akhirat ialah apabila kita dapat melaksanakan tuntutan syariat Islam samada dalam bentuk yang wajib atau sunat, tinggalkan perkara yang dilarang samada yang haram dan makruh. Seseorang yang komited dengan ajaran agama Islam adalah orang yang seimbang, seimbang dalam semua perkara samada urusan dunia mahupun akhirat. Orang yang mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat.

artikel dipetik dari website usrahrasahati.blogspot.com